Berita Terkini

Saturday, May 24, 2008

Majlis Konvokesyen Guru PASTI Kali Ke-4 dan Sambutan Hari Guru 2008 Peringkat Negeri Pulau Pinang







Satu majlis Konvokesyen Guru PASTI Kali Ke-4 dan Sambutan Hari Guru 2008 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 24 Mei (12 Jamadilawwal 1429H) bertempat di USM, Sri Ampangan Nibong Tebal. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda Pas Pusat, PASTI Pusat iaitu Cikgu Azrin Abd Majid. Seramai kira-kira 150 guru-guru PASTI seluruh Pulau Pinang turut hadir. Pelbagai Anugerah telah disampaikan pada majlis itu diantaranya Pentauliahan Sijil Kepada Guru-Guru PASTI yang tamat kursus, Anugerah Tokoh Guru, Anugerah Guru Cemerlang, Anugerah Tokoh Guru Kawasan, Anugerah 3K, Anugerah Peningkatan Pelajar dan Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik.

Anugerah yang diterima bagi PASTI Kawasan Permatang Pauh adalah:

Guru Cemerlang Peringkat Negeri : Pn Junaidah (PASTI Guar Jering)

Tokoh Guru Kawasan : Pn Rafidah (PASTI Kepala Bukit)

Anugerah 3K(Kebersihan,Keceriaan,Keselamatan) : PASTI Mengkuang Titi

Anugerah Peningkatan Pelajar Peringkat Negeri : PASTI kawasan Permatang Pauh

No comments: