Berita Terkini

Friday, January 18, 2008

23hb JAN..PASTI BERJALAN SEPERTI BIASA


Kepada seluruh warga PASTI, dimaklumkan bahawa sekolah akan berjalan seperti biasa pada cuti umum 23hb Jan 2008 -Rabu (Thaipusam).
-Drp. Penyelaras PASTI Kaw.

Jumlah Pelajar PASTI Kawasan Permatang Pauh


Jumlah keseluruhan pelajar PASTI Kawasan Permatang Pauh 2008
adalah seperti berikut:
Pelajar 4 tahun : 33
Pelajar 5 tahun : 417
Pelajar 6 tahun : 360
Keseluruhan : 810

PASTI baru ditubuhkan 2008: PASTI Mengkuang Titi
Tahniah !! kepada seluruh guru-guru,kepimpinan PASTI dan waris......

-Daripada Penyelaras PASTI Kawasan

Wednesday, January 16, 2008







Kes Sharlinie bukti Malaysia tidak selamat - Salahuddin Ayub
PETALING JAYA, 15 Jan (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, Malaysia kini sudah tidak selamat lantaran lambakan kes jenayah yang kian meningkat.

"Saya rasa Malaysia sudah tidak selamat. Bahkan saya sendiri pun berasa takut untuk membenarkan anak-anak saya keluar untuk menjalankan kegiatan rekreasi tanpa pengawasan orang dewasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sehubungan itu, beliau berkata, Pemuda PAS menyeru masyarakat agar dapat berganding bahu bagi membanteras jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing tanpa hanya perlu bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.
Katanya, penduduk setempat hendaklah sama-sama berperanan bagi membantu menjaga keselamatan memandangkan kadar jenayah negara yang kian meningkat dari masa ke semasa.
"Kita sudah tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan pihak keselamatan apabila kes yang hampir sama berulang dalam tempoh terdekat sebagaimana kejadian malang yang menimpa Arwah Nurin Jazlin Jazimin serta beberapa mangsa sebelum ini," ujarnya kepada wartawan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui apabila mengadakan lawatan ke rumah mangsa penculikan Sharlinie Mohd Nashar, 5, di Kampung Medan, Petaling Jaya Utara hari ini.
"Kita telah mengadakan runding mengenai keselamatan untuk membincangkan kes-kes mutakhir ini kerana kita tertanya-tanya sampai bilakah kita harus menyaksikan lebih banyak lagi kes seumpama ini berlaku?" ujarnya nada kekecewaan.
Bagaimanapun, beliau menyeru pihak polis agar dapat mempertingkatkan kecekapan serta kualiti perkhidmatan mereka selaku anggota keselamatan negara bagi membanteras kegiatan jenayah.
"Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu mengikis sikap 'menjaga tepi kain orang' yang sering kali menjadi amalan sesetengah kawasan terutamanya masyarakat yang tinggal di bandar, kerana ia ternyata merugikan banyak pihak," ujarnya.
Dalam pertemuan Pemuda PAS dengan ibu Syarlinie, Suraya Ahmad, 28, beliau turut berkongsi rasa simpati di samping berdoa agar Sharlinie segera ditemui dengan selamat.
"Saya amat berharap dan akan terus berdoa agar Sharlinie ditemui dengan selamat," tambahnya.
Pada masa yang sama, ketika ditanya Salahudin mengenai gerak hati beliau mengenai anak peremuannya itu sama ada masih hidup ataupun sebaliknya, Suraya hanya berkata bahawa beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah semata-mata.
Di kesempatan itu, Salahudin bersama rombongan Pemuda PAS Pusat turut menghulurkan sumbangan serta buah tangan bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa.
"Kami telah mengarahkan pemuda PAS seluruh negara mengadakan solat hajat serta bacaan yasin sehingga Sharlinie ditemui di samping menggerakkan pasukan Unit Amal Malaysia untuk mengedarkan risalah bagi membantu mengesan mangsa.
"Saya memahami tekanan yang dirasai oleh keluarga adik Sharlinie dan saya memanjatkan doa kepada Allah agar segala urusan ini dipermudahkan," jelasnya.
Tegas Salahuddin, kes-kes seumpama ini memberikan tanggapan kepada semua pihak bahawa ibubapa serta penjaga perlu lebih berwaspada serta mengawal gerak geri anak-anak mereka ketika berada di luar rumah.
Semalam, Pemuda PAS kawasan Petaling Jaya Selatan serta Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Pusat telah turut sama mengadakan kunjungan ke rumah Sharlinie serta mengadakan solat hajat serta bacaan surah yasin di sana.
Sharlinie dilaporkan hilang kira-kira 11.30 pagi Rabu 9 Januari lalu ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini.
Sehari selepas itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan diculik di Taman Medan, Petaling Jaya sebelum ditinggalkan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam, satu lagi kes berlaku di taman yang sama. - mr
-->



Monday, January 14, 2008

Berita Terkini.....

Saya dah masukkan 2 accessory terkini di blog....
(1) Klik...Aktiviti PASTI Kawasan
Cuma double click kat situ, anda boleh lihat gambar yang lebih besar dan jelas.
Bila dah open kat Picasa Web Album tu...Anda boleh klik lagi kat
'My Public Gallery' untuk tengok gambar-gambar yang lain...

(2) Jom Tengok Kampung kita...
Cuma double click kat 'See blogs around me', anda boleh explore kat mana-mana kampung
di dunia ni.....Boleh zoom...seolah-olah tengok dari angkasa le....

Selamat Mencuba......

Monday, January 7, 2008

Sumbangan CocoCrunch


YB. Tuan Hj. Hamdan B. Abd. Rahman telah sudi memberi sumbangan CocoCrunch kepada seluruh pelajar PASTI di kawasan Permatang Pauh. Beliau bersama Sdr. Shamsul Kamal serta tenaga kerja yang lain telah turun ke semua PASTI cawangan dan juga Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum.
Pihak PASTI Kawasan merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut. Hanya Allah s.w.t sahajalah yang dapat membalasnya. Kami berdoa semoga Allah s.w.t terus
memberikan kekuatan untuk YB terus berbakti kepada masyarakat. Amin.

SEJARAH PASTI MALAYSIA
Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan.
Hasil daripada itu maka timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam. Pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Satu perkara yang menarik pada ketika itu ialah dari segi pengasasan pengelolaan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan. Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Manakala di Kelantan pusat pra sekolah yang dikenali sebagai Putra Islam yang di kendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988.Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat pra sekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri masing-masing.
Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Muktamar Tahunan Ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat. Ustaz Abu Bakar Abdullah dari Terengganu telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan PASTI yang pertama.Seminar PASTIPada 29- 30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang, Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Penyelarasan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarasan Manhaj Pendidikan Prasekolah’ oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama Sdra. Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Sdra. Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan Sdra. Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.LogoPada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan pertambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan

MATLAMAT PENUBUHAN
Matlamat Am
Mengembalikan kefahaman masyarakat umum kepada menyedari kepentingan pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.
Mengadakan pendidikan awal (pra sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.
Menyediakan wadah awal pendidikan berorientasikan harakah Islamiyah untuk jangka masa panjang.
Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.
Matlamat Khas
Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah Swt.
Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah Saw.
Memberi galakkan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah Swt.
Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran

Friday, January 4, 2008

Pendaftaran PASTI bermula

Assalamua'laikum...
Tahniah !!! kepada seluruh ibubapa kawasan Permatang Pauh yang telah mendaftarkan
anak-anak tuan/puan ke PASTI. Syukur Alhamdulillah, keyakinan dan kepercayaan yang tuan/puan berikan amat bernilai demi untuk Membina Generasi Bertaqwa.

Sempena pendaftaran PASTI 2008, saya selaku Penyelaras PASTI Kawasan Permatang Pauh
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga PASTI terutama sekali guru-guru yang banyak menabur bakti dan ilmu selama ini. Begitu juga kepada seluruh pimpinan peringkat Kawasan dan Cawangan yang turut bertungkus lumus memastikan pentadbiran PASTI berjalan dengan sempurna.

Harapan saya, semoga lembaran 2008 akan lebih menyinar. Insyaallah berkat usaha dan jihad kita semua demi melahirkan generasi yang beriman akan diredhai Allah s.w.t. Amin.

Thursday, January 3, 2008

Buku Teks 5 Tahun


3 Januari 2008 : PERMATANG PAUH - Buku teks serta lain-lain perbekalan akan diedarkan kepada murid-murid PASTI mulai hari ini kecuali buku teks untuk murid-murid 5 tahun yang dijangkakan akan mendapat buku teks edisi baru pada pertengahan bulan Feb. Kesemua ibubapa pelajara 5 tahun telah dimaklumkan semasa hari pendaftaran PASTI.Dalam jangka masa menunggu buku teks 5 tahun ini, murid-murid akan diajar satu modul khas yang direka oleh PASTI Pusat yang dinamakan Program Transisi.

Wednesday, January 2, 2008

Tuesday, January 1, 2008

Jangan Minum Coke.......

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so**** di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.
8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
fikir-fikirkan!!

PENTING..BACA SAMPAI HABIS....

Muqaddimah.
.
Sebagai umat Islam yang merupakan antara kumpulan pengguna terbesar di dunia hari ini, kita harus mempunyai beberapa prinsip tetap serta jelas mengenai apa yang kita gunakan setiap hari.
.
Apakah dasar-dasar jelas yang harus mempengaruhi kita dalam membuat keputusan kita seharian sebagai pengguna? Prinsip dan dasar ini AMAT penting kerana akan menentukan masa depan dan nasib kita orang Islam sebagai kumpulan pengguna yang tidak harus diambil mudah, diperlekeh, tidak diambil kira, justeru tidak dihormati.
.
Apakah makna kehidupan jika hak kita tidak dihormati? Manusia melakukan berbagai usaha di dunia ini agar mereka dihormati dan tidak dipandang hina di mata ramai. Lihatlah bagaimana “Maslow Hierarchy of Needs” yang digunakan sebagai rujukan pengurusan para kapitalis dalam membuat perancangan bagi menguasai dan memanipulasi minda pengguna. Soalan yang bertanyakan adakah sesuatu produk itu halal merupakan satu soalan yang biasa diterima.
.
Sambil kami menjawab soalan tersebut, kami ingin juga mengingatkan para pengguna agar lebih bijak dan sedar bahawa janganlah kita hanya hadkan pertanyaan kita setakat “hendak mengguna” sahaja. Keperluan kita nampaknya begitu asas sehinggakan soalan yang biasa kita tanya hanya setakat untuk memenuhi keperluan asas kita semata mata dan tiada lagi agenda yang lebih daripada itu samada produk yang dikeluarkan dihasilkan oleh “Muslim Organisations”, “Muslim Friendly Organisation”, Anti Muslim Groups” atau musuh-musuh Islam sendiri.
.
Adakalanya soalan kita begitu cetek sehinggakan kita hanya melihat produk akhiran sahaja dan tidak bertanyakan samada proses simpanan,pengedaran ( perkapalan, pengangkutan) perbankan (bank Islam sebenar atau label bank Islam semata!) dan lain-lain mengikut keperluan Islam sebenar sebagai satu proses. Kita harus melihat dari perspektif yang lebih luas dan menyeluruh kerana prinsip pembelian kita bergantung kepada beberapa faktor asas yang secara langsung melibatkan masa depan para peniaga Islam, ekonomi Islam dan Umat Islam sendiri.
.
Antara soalan yang harus sentiasa ada pada kita adalah:-
.
a. Adakah produk ini HALAL dan BAIK?
.
b. Adakah produk ini membawa kepada kesihatan?
.
c. Adakah alternatif produk yang dikeluarkan oleh orang Islam?
.
d. Adakah produk ini dikeluarkan oleh orang Islam 100%, 50%, 30%?
.
e. Adalah produk ini disahkan atau dipantau oleh orang Islam?
.
f. Adakah logo ini betul dan tulen?
.
g. Adakah syarikat yang mengeluarkan produk ini menghormati masyarakat Islam?
.
h. Adakah produk ini mempunyai unsur-unsur menghina Islam?
.
i. Adakah produk ini dimiliki oleh syarikat yang memusuhi Islam?
.
j. Adakah produk ini dikeluarkan atau dikilangkan di Malaysia atau import keseluruhannya?
.
k. Adakah produk ini membawa manfaat kepada umat Islam?
.
l. Adakah produk yang sama dikeluarkan oleh masyarakat Islam tapi agak sukar diperolehi di pasaran?
.
m. Adakah syarikat yang mengeluarkan produk ini mempunyai dasar yang menghormati umat Islam dan Agama Islam?
n. Adakah pekerja Islam diberikan kemudahan untuk mengamalkan Islam tanpa diskriminasi secara sedar ataupun tidak?
.
o. Adakah syarikat mengamalkan diskriminasi terhadap syarikat pembekal-pembekal Islam yang cuba membekal bahan kepada syarikat mereka?
.
p. Adakah produk tersebut benar-benar perlu kepada kita dan tiadakah sebarang altenatif yang dikeluarkan oleh masyarakat Islam?
.
Paling tidak carilah produk yang mempunyai halal JAKIM. Sekurang-kurangnya ada juga peranan dan pengaruh Islam dalam minda pemilik syarikat tersebut walaupun dia bukan Islam. Namun demikian kita harus berhati-hati kerana kami di PPIM telah beberapa kali membongkar salah guna Halal JAKIM yang berlaku di Negara ini. Apa lagi yang tidak mempunyai sebarang tanda halal!
.
Bagi “Mengembalikan Hak Dan Maruah Kita Dengan Bijaksana”, logiknya kita haruslah sedaya upaya mengutamakan produk Islam, Halal dan buatan tempatan. Hanya dalam keadaan tiada pilihan dan darurat sahaja kita harus menggunakan produk lain. Kalaupun darurat, kita harus mempunyai tempoh tamat tertentu. Tidaklah patut dikatakan darurat bagi kita menggunakan sesuatu produk yang tiada jaminan halal selama 49 tahun atas tiada produk Islam dan alasan ianya darurat. Konsep darurat sebenarnya menggalakan Umat Islam agar berusaha untuk sentiasa memajukan diri dalam mana-mana industri demi kepentingan Ummah.
.
Harus juga difahami bahawa di Malaysia setakat ini tiada sebarang Akta Halal bagi mengawal kegiatan penipuan terhadap umat Islam. Oleh yang demikian umat Islam harus tambah berhati-hati sebelum membeli dan hasrus megambil perkara ini sebagai perkara amat penting.
.
Dalam konteks ini siapakah yang hendak memberi jaminan kepada kita jika orang bukan Islam, yang tidak faham Islam menyalah gunakan logo halal. Kita perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap apa kita dan keluarga kita makan dan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika kita termakan barang haram yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam terutama kerana setelah penggunaan sijil halal hari ini terdedah kepada banyak penyelewengan dan penipuan.
.
Setelah sijil halal dikeluarkan, tiada terdapat proses audit berkala atau pemantauan dijalankan. Ini berlaku dalam contoh kes roti High 5. Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk memantau sehingga kilang begitu kotor selama bertahun-tahun dan umat Islam diperdaya dengan iklan “ roti yang lebih baik”. Ramai pengguna yang agak “jahil” dan tidak prihatin yakin dengan iklan wanita Melayu bertudung dan terus-menerus membeli roti daripada syarikat yang tidak menghormati Islam selama ini dan kini membawa pendekatan baru dengan “mempergunakan” ahli agama bagi memulihkan syarikat mereka dengan menupulasi fakta-fakta sebenar.
.
Untuk makluman kita semua, apabila sijil halal roti High 5 ditarik balik, beberapa hari kemudianya ianya diberikan kembali secara “ express ”, apakah hak pengguna Islam yang setelah sekian lama di tipu? Adakah mungkin umat Islam yang bertahun-tahun disajikan makanan kotor dan mungkin jadi tak halal nak tuntut Dato' Jackson Tan di akhirat nanti!?
.
Kalau orang Islam tipu kita, mereka tak akan lepas kira-kira dan tetap kita boleh tuntut. Jadilah pengguna yang bijak agar kita dihormati! Kami di PPIM yakin Halal ( seperti haji, zakat, jumaat dll ) merupakan antara anugerah Allah SWT kepada Umat Islam yang boleh memperkasakan kita semua. Kita lihatlah bagaimana sijil KOSHER yang digunakan oleh YAHUDI yang hanya 6 juta orang di Amerika mampu menguasai pasaran makanan dunia sehinggakan 80% produk yang terdapat di supermarket di Amerika “ terpaksa” mempunyai pengesahan KOSHER.
.
Yahudi telah menggunakan KOSHER untuk menguasai dunia. Lihatlah sehinggakan kita sendiri yang marahkan Yahudi yang membunuh orang Islam meminta pengesahan musuh kita, KOSHER apabila membeli makanan di luar Negara atau menaiki kapalterbang! Tidakkah ini merupakan ironi yang jelas dan agak memalukan kita semua yang telah bertahun-tahun begitu akur dan amat selesa dengan amalan ini?
.
Manakah hendak kita letakkan maruah, harga diri dan air muka kita? “ We can loose everything but not dignity, not dignity ” kata Sheikh Yassin, seorang mujahid Islam yang disogok dengan berbagai umpan dan habuan supaya menerima dan memperakui kehendak Agenda Yahudi. Adakalanya, apa yang kita lakukan mungkin terlindung dan tidak jelas sebagai melemahkan Islam dan memberikan kekuatan kepada musuh Islam. Kita lihat beberapa contoh bagaimana kita tanpa sedar, membantu musuh Islam dan melukakan hati saudara seIslam kita.
.
Kita lihat apabila kita:
.
i) Minum Coca-Cola - Senario di belakang tabir adalah Coca-Cola membantu Regim Yahudi sejak tahun 60an lagi, menghina Islam dengan berbagai cara. Haruskah kita menyokong produk mereka sedangkan tanpa coke kita tidak mati malah ianya memudaratkan kesihatan serta banyak lagi produk altenatif, produk Islam sendiri;
.
ii) Bersantai dan minum di Starbuck Café. Senario di belakang tabir adalah Starbuck merupakan penyokong kuat perjuangan Yahudi Zionis. Tidakkah kita melukakan hati para pejuang Islam yang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan maruah Islam? Tidakkah ada café lain yang tidak menghina Islam atau yang dimiliki oleh orang Islam sendiri? Tidakkah kita lihat bagaimana kita berperanan dan membantu pembunuhan Umat Islam sendiri apabila kita menyumbang kepada keuntungan Starbucks?
.
iii) Menggunakan ubat gigi Colgate. Senario di belakang tabir di mana lebih 47 tahun Colgate tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam dengan mengeluarkan produk tanpa sebarang pengesahan halal dan tidak berminat untuk berbuat demikian selama itu? Colgate juga berperanan menaja dan membantu Israel dalam perang dengan Negara-negara Islam yang diketahui sejak tahun 1967. Kini apabila diasak dan merasakan kerugian akibat terjejas jualan baru menggunakan tanda halal di luar Negara pada ubat gigi yang dibuat di Vietnam, China dan Thailand. Itupun tiada sebarang pengesahan badan mana yang mengesahkannya.
.
iv) Para pengguna tidak harus dianggap bodoh sentiasa dan menuruti sahaja apa yang disumbat dan sogokkan kepada mereka sampai bila-bila. Lagipun kini terdapat banyak produk Islam, produk tempatan jadi tiada sebab kita harus menghantarkan keuntungan ratusan juta setiap tahun ke luar Negara bagi menguntungkan para kapitalis dan merugikan tukaran asing serta tidak menyumbang kepada ekonomi Malaysia yang tidak selama ini tidak juga sensitif kepada kehendak Islam. Lagipun apakah maknanya jaminan hanya “pada produk dipasarkan di Malaysia”?
.
Di Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia macam mana pula? Orang Islam di luar Malaysia tak perlu dihormati dan diteruskan disumbat denga ubat gigi tanpa jaminan halal? Kita juga harus peka dan prihatin kepada saudara seIslam kita di luar sana. Kalau mereka boleh menidakkan keperluan saudara kita, apakah kita harus berlumba-lumba menyokong hanya kerana mereka kata mereka kini mempunyai jaminan halal daripada badan yang disorok namanya!
.
Ingatlah kita bukan sahaja akan ditanya di manakah kita memperolehi duit/rezeki kita tetapi kita juga akan ditanya ke manakah dibelanjakan duit kita. Ke jalan yang baik atau yang memudaratkan Islam sendiri? Malangnya tiga syarikat contoh ini, Coke juga telah mendakwa mempunyai Halal (JAKIM), Starbucks ( South East Asia Halal Council) dan Colgate ( tak tahu yang mana satu pun tidak mencatatkan apajua logo halal kerana mungkin mereka anggap pengguna Islam tidak perlu tahu dan harus sememangnya jahil!).
.
TIDAKKAH PENGGUNA ISLAM HARUS DIHORMATI DAN DIJAGA HATI DAN PERASAAN MEREKA atau tidak perlu hormat dengan orang Islam kerana mereka ini Goyim?
.
Persoalannya sebagai pengguna Islam tidakkah kita harus amat berhati-hati membelanjakan pendapatan kita? Bukankah kita sendiri harus disalahkan di atas kelemahan kita. Kita para pengguna harus bersatu dan berpakat.
.
Kita lihatlah bagaimana bangsa-bangsa yang berjaya berpakat. Kita tidak harus mengharapkan kerajaan melakukannya semuanya bagi pihak kita. Kita perlu mengambil inisiatif sendiri sebagaimana kaum Tiong Hwa mengamalkan perpaduan dalam kehidupan mereka. Mereka sensitif, prihatin dan bersatu. Jika sesuatu berlaku, mereka bersatu, merekapun tidak perlu ada campurtangan kerajaan kerana mereka sendiri telah membentuk jaringan yang padu di seluruh dunia. Lihatlah berbagai isu di mana apabila mereka “merasakan” mereka tidak diberikan penghormatan, mereka bersatu dan berjaya membawa kegerunan kepada mana-mana kumpulan sasar.
.
Lihat Isu mandarin orange, rokok dll. Sesungguhnya pada kami perkara Halal merupakan senjata yang paling ampuh dan kuat, malah jauh lebih berbisa daripada KOSHER jika digunakan dengan betul dan bijak. Hakikatnya hari ini kita hanyalah merupakan “feeder” kepada satu sistem yang besar yang kaya raya dengan memperkudakan kejahilan yang kita lakukan. Inilah antara kata-kata para kapitalis yang mengibaratkan orang Islam sebagai penagih-penagih dadah yang mengutip dan mencuri segala besi dan aluminium dan mengumpulkan lalu menjual kepada peniaga besi buruk yang hidup mewah mendapat hasil kutipan oleh para “feeder” yang merempat. Kita tidak rela lagi dihina.
.
Marilahlah kita bersatu hati, mewujudkan “ Gerakan Pengguna Islam (GPI) ” yang sensitif yang akan menghantar isyarat jelas kepada para kepitalis yang sentiasa mengambil kesempatan maksima di atas kita. Ingat: “ Hindarlah yang meragukan…marilah kita berjihad ekonomi bagi menghidupkan ekonomi Umat Islam dan juga mensucikan diri kita dengan produk yang halal, mudah-mudahan doa kita mudah diterima..”
.
Berikut adalah soalan yang kerap ditanya oleh para pengguna Islam.
.
Soalan
.
1. Benarkan Pringles dan Dove mengandungi lelemak minyak babi? Tolong siasat dan maklumkan demi kepentingan Umat Islam.
.
Jawapan: Ini merupakan satu soalan am yang agak susah hendak dijawab dengan tepat. Namun demikian sebagai pengguna Islam, kita harus melihat dari sudut yang lebih luas dan harus tahu bagaimana kebanyakan produk yang dihasilkan. Rasanya hari ini para pengguna Islam harus melihat lebih jauh lagi dalam apa-apa soalan yang berkaitan halal dan haram. Dalam kes Pringles, terdapat Pringles yang dibuat di Malaysia. Semasa wakil Pringles berjumpa PPIM mereka memberi “jaminan” bahawa Pringles Malaysia halal tetapi pada waktu itu tiada sebarang pengesahan dapat diperolehi.
.
Halal yang mereka jamin adalah berasaskan pemahaman mereka sendiri, sebuah syarikat korporat bertaraf antarabangsa. PPIM juga bertanya apakah jaminan mereka juga merangkumi “parallel imports” iaitu Pringles yang diimport daripada luar Negara yang juga ada dalam pasaran. Mengikut mereka yang diimpot tidak diberi sebarang jaminan dan bungkusan yang diimpot dan yang dibuat di Malaysia adalah sama. Tidak terdapat sebarang penafian penggunaan bahan haram dalam produk impot. Jadi pengguna Islam juga terdedah kepada produk impot yang tidak halal.
.
Mengenai Dove, apa yang kami ketahui adalah penggunaan Sodium Tallowate yang menggunakan lemak lembu. Sama ada lemak lembu digunakan untuk disapu kepada muka itu halal atau tidak, hanya Allah yang ketahui. Lagipun tiada sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak yang memberikan jaminan.
.
Marilah kita pengguna menggesa semua produk paling kurang mendapatkan tanda halal JAKIM kalau tidak kita pakat-pakat tak beli. Kita berikan mereka ini tanggungjawab paling kurang kena faham konsep halal dan keperluan umat Islam. Kita juga harus ingat terdapat banyak lagi produk sepertinya yang diusahakan oleh pengusaha Islam atau yang dimiliki oleh syarikat Malaysia yang pada jangka panjang membawa manfaat kepada Negara. Berbalik kepada isu Pringles, di sini para pengguna Islam harus menggunakan kuasa pengguna untuk menggesa mereka harus mendapatkan halal JAKIM dan juga menukar bungkusan bagi memudahkan para pengguna (terutama anak-anak dan mereka yang kurang prihatin) memilih jika tak dapat menahan diri daripada membeli Pringles.
.
Pilihan tempatan juga ada, antaranya dikeluarkan oleh FAMA dan juga Mr Potatoes. Pengguna barus bijak memilih berdasarkan prinsip yang tersebut di atas.
.
Soalan 2:
.
Kenapakah kerajaan tidak mengambil tindakan supaya penyalahgunaan tanda halal ini dibawa ke mahkamah. Saya belum terbaca lagi isu salahguna tanda halal di bawa ke mahkamah dan pesalah dihukum sedangkan kes yang dibongkar banyak kita dengar ? Kenapa dalam kes roti High 5, semasa didapati kilangnya kotor dan sijil halal sudah tamat tempoh, iklan dalam TV dan akhbar menjadi-jadi? Kenapa tidak hentikan saja iklannya. Kenapa juga hanya sebahagian media mengambil peranan dalam membongkar perkara ini?
.
Jawapan: Para pengguna di Malaysia perlu berpijak di bumi yang nyata. Kita hidup dalam masyarakat majmuk yang berlainan fahaman agama, keturunan, bahasa dan sejarah yang seharusnya menjadikan aset kepada Negara jika semua pihak faham, sensitif dan prihatin terhadap fahaman dan amalan satu sama lain.
.
Namun demikian hakikatnya hari ini tidak semudah itu. Antara faktor terpenting adalah ketiadaan akta khursus bagi menangani salahlaku dan penipuan ini. Kami di PPIM telah berusaha bagi meminta Kerajaan mewujudkan akta halal sejak lebih 7 tahun dahulu bersama dengan persatuan Peguam Muslim kerana akta yang diguna sekarang adalah akta Perihal Dagangan 1967 yang bermaksud jika sesuatu yang dijual tidak menepati apa yang sebenarnya yang dicetak atau didakwa pada sesuatu produk, maka satu kesalahan telah berlaku.
Jika sekampit beras dilabel sebagai 500gm tetapi di dapati 450gm maka peruntukan yang sama digunakan bagi kes sesuatu produk yang dikatakan halal tetapi didapati tidak. Lebih malangnya jika sesebuah restoran memberikan jaminan kepada pelanggannya bahawa restorannya menjual makanan halal atau menggunakan nama-nama Islam atau menggantung ayat Quran (perbahasaan halal) tetapi kemudiannya kita sebagai pengguna ternampak ayam yang digunakan dibeli daripada sumber yang tidak halal, maka kita “ sebagai melaksanakan tanggung jawab” mengambil bahan bukti ayam yang telah menjadi “kari ayam” yang telah dimasak untuk mendakwa pekedai dan menyerahkan kari ayam tersebut kepada KPDN &HEP.
.
Dalam konteks ini, kita akan menghadapi beberapa kesulitan kerana beban bukti terletak di atas pihak pendakwaan, iaitu KPDN HEP yang sudah tentu sukar untuk mendakwa kerana bagaimanakah nak buktikan ayam yang telah menjadi kari tidak disembelih secara Islam!? Mungkin kerana kelemahan kita sendiri, Umat Islam belum mempunyai teknik untuk ujian “ DNA” bagi menentukan ayam tersebut telah disembelih secara Islam.
.
Apabila kes dibawa ke mahkamah, cara bahan bukti diperolehi juga akan menjadi isu yang mana kita semua tahu jika bukti diperolehi secara lain daripada yang diperuntukan oleh “ Law of evidence” maka ianya “ not admissible” atau tidak boleh diterima oleh pihak mahkamah untuk dijadikan bahan bukti. Maka kita dapat lihat sedikit contoh hakikat sebenar apa yang berlaku di luar sana dan kelemahan yang terdapat dalam sistem hari ini. Maka kita perlu sedar bahawa tidak mudah untuk mensabitkan sesuatu kes apabila ianya dibawa ke mahkamah yang melalui proses undang-undang mengikut Perlembagaan Negara.
.
Antara iklan dan kesalahan yang dilakukan, ianya mempunyai proses tertentu dalam undang-undang yang perlu dipatuhi kerana kita tertakluk kepada undang-undang negara. Sesungguhnya hari ini sesiapa sahaja boleh menjual barangan dan mendakwa atau menulis bahawa produk yang dijual itu halal walaupun mereka sendiri tidak faham konsep halal sebenar dalam Islam. KPDN&HEP hanya boleh mengambil kes seperti ini jika dapat dibuktikan bahawa produk tersebut TIDAK HALAL.
.
Konsepnya adalah sebelum dibukti atau disahkan oleh mahkamah seseorang itu tidak salah kecuali dibuktikan sebaliknya. Sebab itu apa yang kita lihat bagaimana kes-kes dadah dan pembunuhan yang nampak nyata pun boleh dibuang kerana tidak cukup bukti dan masalah teknikal. Ini bukan kerja mudah. Mengenai iklan, kita juga perlu sedar bahawa ada berita-berita tertentu tidak akan disiarkan kerana ianya melibatkan pembelian iklan dalam sesuatu stesen TV di mana pihak media tidak akan sanggup untuk kehilangan pendapatan iklan jika dengan menyiarkan berita yang membawa imej negatif terhadap syarikat tersebut, mereka akan membatalkan tempahan iklan mereka di stesen tersebut.
.
Mungkin ada sedikit berita baik kepada kita pengguna Islam iaitu baru-baru ini kita terbaca bahawa kerajaan akan menggubal undang-undang bagi mewujudkan Akta Halal yang telah lama dipinta oleh pihak PPIM. Namun demikian, sementara menunggu kelahiran akta tersebut, adalah amat baik jika kita mengambil petunjuk dan iktibar daripada masyarakat Cina, India atau Yahudi dalam kerjasama sesama mereka dalam melindungi hak mereka. Sebagai contoh, para pengguna juga boleh melakukan sesuatu dengan berkesan terhadap peniaga yang tidak beretika dan menipu, tidak menghormati umat Islam. Produk-produk Coca Cola, Starbucks, Colgate, High 5, icecream Walls akan tidak berani mengambil mudah dan menghina Islam jika kita bersatu untuk tidak membeli produk mereka secara boikot terpilih.
.
Sedarlah, Kekuatan di tangan kita! Bangsa-bangsa yang disegani tidak perlu penglibatan kerajaan mereka untuk dihormati oleh syarikat-syarikat produk pengguna multinasional. Pengguna perlu memberikan isyarat yang nyata dan jelas yang kita amat sensitive, kita bersatu dan kita tidak akan memberi muka kepada mereka yang tidak menghormati kita dan mereka yang menghina Islam akan rugi akhirnya.
.
Soalan 3 : Betulkah ubat gigi Colgate dan Darlie menggunakan lemak babi?
.
Jawapan: Yang diketahui, Colgate telah berada di Malaysia selama hampir 50 tahun dan selama itulah ianya tidak MEMPEROLEHI SEBARANG JAMINAN HALAL. Hari ini Colgate telah memindahkan operasinya ke Vietnam, China, Thailand ( atas sebab-sebab mereka sahaja yang mengetahui) dan mengatakan produk mereka halal tapi hingga kini kami tidak diberi tahu manakah badan yang memberikan mereka jaminan halal yang didakwa mereka.
.
Di masa yang sama “jaminan” mereka hanya bagi produk yang terdapat di Malaysia. Bagi saudara-saudara seIslam kita di Singapura, Selatan Thailand, Indonesia dan Negara-negara arab harus bertambah hati-hati dalam perkara ini . Darlie kini telah dibeli oleh syarikat Colgate, pasaran Ubat gigi di Malaysia melebihi RM 600 juta dan lebih 95% adalah dikuasai oleh Colgate dan beberapa syarikat antarabangsa lain.
.
Kami di PPIM berpandangan bahawa adalah lebih baik bagi kita untuk memilih ubat gigi yang mempunyai jaminan HALAL Jakim dan dibuat di negara ini terutama yang mempunyai kepentingan umat Islam sendiri. Apalah guna kita mengambil risiko sedangkan kita ada pilihan dan ianya bukan keadaan darurat.
.
Soalan 4 : 7 eleven Sg Petani banyak jual barangan tiada tanda halal. Contohnya roti TIP Top .
.
Jawapan: Selaku pengguna, duit kita punya. Kalau kita rasa peniga tidak hormat kepada kita , kita cari yang lain kerana banyak produk lain dan produk Islam sendiri. Untuk dihormati, kita harus sanggup berkorban untuk bersatu tidak membeli di organisasi yang dilihat tidak menghormati kita. Bermula dengan kita sendiri, jika ini dilakukan para kapilis di luar sana akan belajar untuk menghormati kita dan membuat sesuatu untuk memikat hati pengguna islam.
.
Soalan 5: Roti High 5 mengandungi lemak babi?
.
Jawapan: Maklumat mengenai roti High 5 boleh diperolehi di ruangan berita utama dan forum. Terdapat beberapa kenyataan rasmi telah dibuat sila rujuk. Namun demikian bagi memudahkan pihak yang bertanya, kami sertakan sedikit ringkasan apa yang benar-benar berlaku. PPIM mendapat aduan bahawa kilang roti high 5 di Nilai amat kotor.
.
Daripada maklumat yang diperolehi kami telah membuat siasatan dan intipan yang mana didapati benar. Setelah mendapat maklumat kami memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa seperti JAKIM, KPDN&HEP, Imigresen, Polis untuk membuat serbuan. Isu minyak babi tidak pernah timbul.Yang menjadi isu adalah kilang tersebut KOTOR, AMAT KOTOR.
.
Apa yang hendak ditegaskan di sini adalah umat Islam harus bijak dan mempunyai harga diri agar tidak lagi mudah dipermainkan di masa-masa hadapan. Sebagaimana prinsip kita, iaitu kita harus memberikan keutamaan perniagaan kepada mereka yang hormat kepada umat Islam dan bukannya para peniaga yang biadap dan tidak menghormati umat Islam. Kalau mereka sanggup menipu dan menggunakan orang agama yang tidak diberikan maklumat dengan betul maka kita harus mengajar mereka. Kalaulah kes ini berlaku dalam masyarkat India dan cina, saya jamin syarikat ini mungkin tutup kerana sikap mereka yang tidak menghormati para pengguna.
.
Lihatlah apa terjadi di India di mana syarikat Mc Donalds dikatakan menggunakan ramuan yang mengadungi lemak lembu di mana penduduknya mengamuk dan membakar sehingga mereka memohon maaf dan membayar gantirugi. Begitu juga kes syarikat rokok antarabangsa yang terpaksa membuat kenyataan rasmi kerana dikatakan membuang pekerja cina bagi mewujudkan kekosongan kepada pekerja Melayu dan menidakkan berita tersebut. Kita perlu belajar daripada orang India dan Cina jika mahukan bangsa kita dihormati!!!
.
Oleh yang demikian tidak perlulah kita berlumba-lumba membeli roti High 5 hanya kerana mereka telah membersihkan kilang mereka setelah menipu para pengguna Islam selama bertahun-tahun. Carilah roti gardenia yang ada 30% kepentingan Bernas dan roti Iman atau roti Azan atau Faderal Bakery.
.
Sebenarnya pihak PPIM juga mempunyai bukti untuk percaya berita sebaran SMS mengenai pengguna minyak babi ini dimulakan oleh pihak High 5 sendiri bagi mengalihkan pandangan dan helah mereka untuk mengalihkan perhatian.
.
Soalan 7: Adakah Pau Ahmad , Mee Azam, Kicap Eliza, sos Mahkota, kopi Jantan, restoran Selera Kampung, Melor merupakan perniagaan milik orang bukan Islam. Kenapa tiada di ambil tindakan undang undang?
.
Jawapan: Tiada sebarang undang2 yang boleh diambil kerana kita tiada sebarang akta bagi nama-nama yang mengelirukan. Itulah lemahnya orang Islam tak dapat berbuat apapun walau ditipu kiri, kanan depan dan belakang. Hanya pengguna yang berpakat dan mempunyai harga dan agenda diri dapat menghentikan perbuatan yang berunsurkan penipuan ini.
.
Jika ini terjadi dalam masyarakat lain, pengusaha yang menipu akan menerima padah kerugian yang besar tetapi dalam masyarakat kita, ramai pula orang kita yang seolah-oleh tidak lagi tempat makan lain yang dimiliki oleh orang Islam dan kalau tak makan boleh memudaratkan diri jadi perlu makan di restoran-restoran bukan Islam yang “ ada ramai orang bertudung makan”, ada tersangkut ayat Quran, ada tertulis “ halal ”, “ Halal 24 Jam”, “ pork free ” dan menambahkan keuntungan restoran-restoran tersebut. Ingatlah dan renungilah, sesungguhnya bukankah kita yang memberikan kekayaan kepada para peniaga bukan Islam walaupun tidak menghormati kita selama ini sedangkan tidak jauh daripada tempat tersebut ada restoran milik saudara seIslam kita yang masih memerlukan sokongan ekonomi.
.
Kelemahan serta kedaifan ini tidak terjadi dalam masyarakat Jepun, Korea, German, China, India dan masyarakat yang mempunyai harga diri yang tinggi. Contohnya bagaimana masyarakat Korea yang hanya ada 2 kerat di Malaysia mempunyai supermarket mereka sendiri. Orang Jepun boleh korbankan masa daripada Ampang ke Sogo hanya untuk mencari paper clip.
.
Contoh kekuatan jatidiri masyarakat terlalu banyak. Datanglah ke PPIM untuk berbincang bagaimana kita boleh mengembalikan hak dan maruah kita dengan bijaksana. Ingatlah, kalau kita sendiri tidak tahu untuk menghormati diri kita, tiada siapa manusia lain yang akan menghormati kita! Hiduplah dengan mengamalkan prinsip Islam yang amat mengutamakan saudara seIslam dalam apajua yang dilakukan serta semaklah samada apa yang dilakukan membawa manfaat kepada umat Islam akhirnya.
.
Soalan 8: Adakah susu Smilec mengandungi “ growth hormone ” yang digunakan pakai ke atas lembu bagi menambahkan pengeluaran susu lembu haram bagi pengguna Islam.?
.
Jawapan: Smilec adalah tersenarai antara syarikat 100 terbesar di dunia mengikut Majalah Fortune. Dalam perkara ini PPIM merasakan sedikit lega kerana mereka ini nampaknya menghormati dan prihatin terhadap perasaan pengguna Islam.
.
Mereka juga telah memperolehi sijil halal daripada badan yang diterima oleh JAKIM. Namun demikian, Syarikat Abbot yang mewakili susu Smilec adalah pengedar susu ini. ini yang Pengurus Besar kanan mereka telah memberikan penerangan mengenai perkara ini. Mereka mengesahkan bahawa lembu tenusu yang diternak di Ireland memang tidak dibenarkan untuk menggunakan growth hormone, Kami sertakan dokumen berkaitan untuk rujukan para ahli yang dihormati.
.
Namun demikian, sebagai prinsip, jika adalah pilihan susu yang dibuat oleh orang Islam, maka ini perlu diberikan keutamaan. Buat ketika ini ada satu jenis susu yang dikelaurkan oleh syarikat Islam. Sila rujuk kepada kami untuk maklumat lanjut.
.
Soalan 9: Biskut berlambang salib. Apakah yang perlu dilakukan?
.
Jawapan: Isu penghinaan terhadap umat Islam bukanlah perkara baru. Dari isu kartun Rasul, ke isu ayat Quran di baju , kasut, seluar dalam, bola, ke isu lambing salib kepada isu penipuan logo halal dan banyak lagi. Keadaan ini seolah-olah melambangkan betapa lemahnya umat Islam sehingga tidak mampu melakukan apa-apa bagi mengembalikan hak dan maruah kita.
.
Isu salib di biskut dan batang ice cream Walls merupakan antara kejadian yang mendapat perhatian pengguna Islam yang nampaknya amat marah dan tidak selesa. Cubaan PPIM untuk memanggil Walls ke PPIM untuk penjelasan tidak mendapat sebarang respon. Apa yang akan dilakukan oleh PPIM adalah membuat laporan Polis dan Kementerian Dalam Negeri atas asas penghinaan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Apapun itu kita serahkan kepada Kerajaan.
.
Di masa yang sama bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Walls yang kita amat jelak dengan perbuatan sedemikian, PPIM ingin mengajak para pengguna untuk memulaukan produk Walls secara terancang.
.
Kami minta kesungguhan semua para pengguna agar memulau produk ini dengan mengambil langkah-langkah berikut:-
.
a. Para peniaga yang mempunyai kedai runcit agar menutup peti ais di kedai mereka dan meminta syarikat mengambil balik produk mereka;
.
b. Sebarkan niat jahat dan penghinaan mereka kepada semua rakan dan kenalan kita;
.
c. Tentukan anak-anak kita tidak lagi membeli jenama ini;
.
d. Kita hantar bantahan rasmi ke syarikat ini
.
e. Kita panjangkan berita ini kepada masjid-masjid dan surau serta melalui email serta sms. Jika ini dapat dilakukan dengan berkesan dan dengan semangat pakatan persaudara Islam yang jitu, sudah tentu lain kali perkara tidak akan berlaku kerana tiada syarikat yang bersedia untuk rugi dan menentang para pengguna yang bersatu.
.
PPIM akan memulakan boikot ini dengan cara terancang dan akan memaklumkan kepada para ahli PPIM semua. Apapun para pengguna harus bijak dan mempunyai keprihatinan dan sensitiviti yang tinggi yang boleh membawa kegerunan kepada mereka yang mempunyai niat yang tidak baik terhadap pengguna Islam.
.
Dengan cara ini, kita tidak perlu menggunakan kekuatan fisikal. Cuma kerjasama dan pakatan antara pengguna Islam untuk melindungi hak kita dengan cara yang bijak. Kita faham di antara pengguna Islam mempunyai perbezaan tetapi kita harus lihat persamaan kita dan ketepikan perbezaan idea dan fahaman politik. Dengan bersatu sahaja lah kita mungkin mengembalikan hak kita.
.
Marilah kita gerakkan kerjasama ini dengan ikhlas demi masa depan kita. Bersatu di atas landasan “ Mengembalikan hak dan maruah kita dengan bijaksana” dan wujudkan “ Gerakan Pengguna Islam yang berangenda” di antara kita, keluarga kita, masyarakat kita dan jadikan ini sebagai perjuangan kita ke arah jihad ekonomi .
.
Kami di PPIM juga sentiasa mengalu-alukan bantuan dan sokongan yang mungkin daripada masyarakat Islam. Hubungi kami secara persendirian atau datang untuk kita bela masa depan kita bersama.
.
SOALAN UMUM BERKENAAN PERGERAKKAN PPIM
1. Nama Persatuan: Persatuan Penguna Islam Malaysia (2684/97) (Muslim Consumers Association Of Malaysia)
.
2. Alamat: 70x, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur.
.
3. Tarikh Penubuhan: 14 Jun 1997
.
4. Moto: BERSAMA KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA
.
5. Misi: PERCAYA BAHAWA TINDAKAN PROAKTIF MENCARI PENYELESAIAN ADALAH LEBIH BERKESAN DARI MENANTI ORANG LAIN MENYELESAIKANNYA.
.
6. Visi: Memajukan ummah dengan kecemerlangan minda, keutuhan ekonomi dan peradaban.
.
7. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pembangunan PPIM?
.
Seluruh Jawatankuasa dan pegawai yang berkhidmat di bawah pimpinan YBhg Dato Dr Ma'amor Osman selaku Setiausaha Agung dan YBhg Dato Nadzim Johan selaku Setiausaha Kerja PPIM.
.
8. Bagaimanakah untuk menjadi ahli PPIM? Dapatkan borang dari sekretariat di talian 03-42566618 atau smskan permohonan berserta nama dan alamat lengkap ke 019-3591000.
.
9. Apakah keistimewaan menjadi ahli?
.
Menyertai kumpulan pejuang kepenggunaan Islam paling berpengaruh di Malaysia. Menjadi mata dan telinga PPIM bagi menangani pelbagai permasaalahan ummah.
.
10. Dari manakah sumber kewangan PPIM?
.
Sumbangan pihak kerajaan dan para dermawan untuk menjalankan pelbagai aktiviti kepenggunaan dan kemasyarakatan.
.
11. Berapakah cawangan PPIM dan dimanakah tempatnya?
.
Terdapat beberapa cawangan Bahagian Pasukan Pemantau Halal PPIM yang dianggotai oleh lebih 5000 ahli aktif; UUM Kedah, Ipoh, Tanah Merah Kelantan, Kajang, Rawang, Kelang, Seremban dan beberapa tempat yang sedang dalam perancangan.
.
12. Apakah perjuangan terkini PPIM?
.
Boikot Colgate, Boikot produk Denmark, Boikot Coke. Sokong produk Islam/Melayu.
.
13. Apakah PPIM dan Jakim mempunyai kaitan rapat dalam memperjuangkan isu halal haram?
.
Ya, masing-masing bersama melaksanakan pelbagai usaha untuk keselamatan dan kemakmuran ummah.
.
14. Bagaimanakah usaha PPIM dalam memelihara hak ummah?
.
Kita percaya tindakan menuntut hak semata-mata tidak berkesan melainkan umat Islam juga faham dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
.
15.Apakah peranan dan tanggungjawab ahli PPIM?
.
ETIKA AHLI PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)
.
Semua ahli mempunyai kelebihan tersendiri. Persatuan menjadi wadah supaya kelebihan tersebut disemai sesama ahli untuk melahirkan kekuatan pengguna Islam berteraskan ketaatan kepada Allah s.w.t.
.
Rasulullah s.a.w bersabda : ‘Tali islam yang terkuat adalah wala’ kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah ‘azzawajalla.’ Hadis Riwayat Thabrani Kitab al-mu’jam al-kabir :
Pengguna Islam yang jelas wala’nya boleh menjadi ‘pace-maker’ dan memacu ekonomi umat Islam, memperkasakan tunjang politik dan akar pekerti umat Islam yang budiman.
Semua ahli menyedari sesungguhnya kita mempunyai misi penting untuk merapatkan barisan berasaskan firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara” (Al-Hujurat : 10)
Persaudaraan ini mestilah dikentalkan dan dibentuk secara jujur dan penuh amanah. Acuan yang kita pakai mestilah acuan Allah s.w.t dan diwarnai juga olehNya. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhasrat untuk menyemai dan menyuburkan nilai-nilai persahabatan yang kukuh antara pengguna «­-» pengguna, pengguna «­-» peniaga, pengguna «-­» kerajaan.
Pengguna Islam mestilah memposisikan diri mereka pada tempat yang strategik di dalam era globalisasi ini. Kita wajib mengenal kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri di samping mengenal musuh. Kekuatan persaudaraan menjadi benteng yang kukuh untuk melawan agenda musuh.
Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hendaklah menjadi contoh yang baik dan saling memperkasakan satu sama lain. Marilah kita renung firman Allah s.w.t : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan jangan kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Hujuraat : 11-12)
Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) disarankan supaya
2.1 Menunaikan tuntutan agama Menambah ilmu pengetahuan dan amalan. Beribadah dengan tepat Menguasai waktu dan habuan dunia Menjaga hubungan dengan ibubapa, keluarga dan masyarakat setempat mengerjakan arahan Allah dan meniNggalkannya dengan bersungguh dan istiqamah
Hadis Qudsi, Riwayat Bukhari مَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي ِممَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ حَتىَّ أُحِبَّهُ ‘Tidaklah seseorang hambaku mendekatkan dirinya kepadaku (Taqarrub) dengan sesuatu yang lebih Aku sukai dari melakukan apa yang telah Ku wajibkan kepadanya.’
Adalah tidak wajar untuk kita meninggalkan sesuatu kewajipan fardhu kerana melakukan amalan sunat. Ahli diharap menjaga perkara yang fardhu secara teliti. Renungkan firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu menyatukan tetapi tidak kemu kerjakan.” (Ash-shaff : 2-3)
Kata-kata ahli ibadah طُوْبىَ لِمَنْ شَغَلَهُ عَيْبُهُ عَنْ عُيُوْبِ النَّاسِ Berbahagialah orang yang sibuk dengan kekurangannya sendiri sehingga tidak melihat kekurangan (kelemahan atau aib ) orang lain. HR. Bazzar.
2.2 Mengukuhkan persaudaraan di kalangan ahli
2.2.1 Berbicara dengan penuh keilmuan, tidak meninggikan suara atau menggunakan bahasa kasar. Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) wajar mempunyai homogenisiti mengenai ilmu fardhu ain dan pengkhususan ilmu kepenggunaan. Menyelaraskan fikiran dan amalan sesuai dengan Visi dan Misi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Homogenisiti ini penting supaya arahan dapat dilaksanakan tanpa bertangguh dan perdebatan negatif yang merugikan.
Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) digalakkan mengikuti majlis ilmu dan menunjukkan contoh komitmen yang unggul dengan menepati waktu, menghormati guru dan mencambahkan ilmu sesama peserta. Tahap keilmuan ahli mestilah mencapai kemampuan untuk mengambil keputusan yang bijak berpandukan maklumat yang diperolehi dengan tepat dan cepat. Penguasaan ke atas ilmu tidak pula menyebabkan kita menjadi ego dan memaksakan keputusan kita ke atas ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan masyarakat.
Berikanlah contoh yang baik berdasar tahap individu tersebut. Renungkanlah hadis Rasulullah s.a.w. اِتَّقِ الله َحَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعِ السَّيّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخاَلِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ ‘Bertakwalah kepada Allah dimana saja engkau berada. Ikutilah keburukan itu dengan kebaikan, nescaya kebaikan tadi akan menghapuskan keburukan dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik.’ (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad.)
Kecanggihan teknologi pengiklanan telah menukar paradigma ‘consumer behaviour’ kalau dulu ‘seeing is believing’, tetapi sekarang ‘seeing is decieving’.
Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mestilah bijak mencium bentuk penipuan atau fakta yang mengelirukan ini. Penggunaan terkini bioteknologi di dalam industri makanan menuntut kita memahami istilah-istilah seperti emulsifier, additif, preservatif dan makanan Genetically Modified Organism (GMO).
2.2.2 Memberikan perhatian kepada cadangan, kehadiran dan menatap wajah bila berhujah. Setiap ahli ada hak, pengetahuan dan pengalaman sendiri. Sesama ahli wajar berkongsi dan tidak meremehkan dengan sikap negatif seperti tidak memberikan kesempatan untuk sahabat menghabiskan bicara, memalingkan muka dan buat-buat sibuk. Bersikap memonopoli wacana juga patut dihindari. Ingat setiap kita ingin dan suka dihormati dan dihargai.
2.2.3 Bergurau pada hal yang dibenarkan dengan tidak berlebihan. Mempersendakan sesama ahli adalah dilarang. Gurauan boleh meningkatkan kemesraan tetapi jangan disalahgunakan. Kita mesti melihat riak sahabat ‘Body Language’ dan mengesan emosi supaya mudah memohon maaf jika terlanjur di dalam gurauan. Gunakan bahasa yang sopan tinggalkan kebiasaan yang negatif seperti bergurau pada perkara yang berkaitan dengan fizikal, keluarga dan kekurangan sahabat.
2.2.4 Mencari sudut positif cadangan dari sahabat dengan tidak sering bantah membantah. Setiap cadangan perlu diberikan perhatian. Adakan prioriti atau keutamaan ke atas setiap cadangan, perhatian urgensinya dan bermesyuaratlah. Elakkan bantah membantah kerana ia boleh menjejaskan perhubungan ahli dan kita mungkin kehilangan terus kekuatan persahabatan. Kebiasaan memberikan laluan kepada cadangan dari golongan yang pemimpin sahaja harus dihentikan. Setiap ahli adalah sama di dalam memberikan cadangan tetapi buatlah kajian sebelum mengemukakan cadangan.
Renunglah sabda Rasulullah s.a.w. أَبْغَضُ الرّجَالِ إِلَى اللهِ الأَلَدُّ الْخَصِمُ ‘Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.’ (Riwayat Bukhari) مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ الْهُدىَ إِلاَّ طُوْلُ الْجَدَلَ ‘Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petujuk kecuali kerana mereka suka saling bantah-membantah.’ (Riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah.)
2.2.5 Memberikan kritikan yang positif secara bijaksana tanpa melukai perasaan atau merendahkan jati diri sahabat. Sesama ahli mesti ada sikap terbuka untuk menerima kritikan yang membina. Keterbukaan jangan disalahertikan dan dijadikan alasan untuk menjatuhkan maruah ahli. Hormati maruah dan usaha yang dibuat dan saling membantu untuk memperbaiki fakta, pendekatan dan komplimen secara mutual simbiosis.
Renunglah Firman Allah swt. “Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran”. (Al-Ashr.)
2.3 Bersikap membina dan meninggalkan sikap acuh tak acuh atau sambil lewa. Bersikap membina adalah asas persaudaraan. Kesempurnaan iman dikaitkan dengan saling menyayangi atas dasar emosi dan spiritual sesama sahabat. Kegagalan menyelidik, membuat analisis dan perancangan yang rapi telah menjadi kebiasaan pada kebanyakan orang melayu. Sikap sambil lewa dan menyerah kepada takdir adalah punca kejumudan umat. Hanya keberanian, kesungguhan dan istiqamah menentang tribulasi adalah sikap yang benar dan dituntut oleh Allah s.w.t.
Renunglah Firman Allah s.w.t “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Alam Nasyrah : 5-8)
2.4 Bersikap terbuka dan membina, tidak mengadakan pakataan rahsia di kalangan ahli. Ahli digalakkan saling bertukar pendapat dan berbincang. Ketika perbincangan berlangsung jangan pula ada kumpulan kecil yang saling berbisik dan berpakat sehingga boleh menimbulkan rasa prasangka. Minta izinlah dan menyatakan butiran perbincangan dan diperhalusi bersama.
2.5 Bersikap toleransi dan tidak berkeras kepada atau enggan menerima nasihat. Kepimpinan adalah satu tanggungjawab. Melaksanakan amanah perlukan sikap yang tegas tetapi tetap terbuka kepada nasihat. Nasihat menasihati melunakan hati yang beriman kepada Allah. Keengganan menerima nasihat dan keras kepala hendaklah dihindarkan kerana ia merupakan bibit benih kebencian yang boleh meruntuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
2.6 Bersikap rendah diri, tidak sombong dan kasar. Sikap merendah diri dan mengenali sahabat berdasarkan latar belakang yang beragama, lantaran mencari keserasian akan memperkasakan persahabatan. Kenali dan fahami hobi atau kecenderungan masing-masing dan tidak menyombong diri kerana darjat material, memudahkan jalinan persaudaraan di kalangan ahli. Bersikap lemah lembutlah kerana sesama muslim memang dituntut sedemikian. Renunglah firman Allah s.w.t. “ Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Ali ‘Imran :159)
2.7 Mengelakkan menegur sahabat di khalayak ramai. Memberikan teguran secara berhemah. Pesalah ada rasa malu, maruah diri dan peluang untuk bertaubat dan menjadi lebih baik dari masa silamnya. Kesalahan boleh berlaku akibat dari asakan perkara-perkara yang tidak dapat dihindarkan. Kalangan ahli mesti memahami latar belakang kesilapan itu dan memberikan nasihat secara hikmah dengan bersua muka. Elakkan menegur di khalayak ramai kerana tekanan yang keterlaluan boleh ‘counter-productive’.
2.8 Mudah memaafkan dan elakkan perspektif negatif (prasangka). Bersyukurlah dengan nikmat lupa yang Allah swt. berikan. Andainya kita tiada upaya untuk melupakan kesilapan sendiri atau orang lain ke atas kita nescaya kita akan hidup di dalam kemurungan. Sifat mudah memaafkan adalah terpuji dan renunglah firman Allah : “Maka maafkanlah meraka dengan cara yang baik” (Al Hijr : 85) Sangka buruk atau prejudis adalah racun syaitan. Kita mengaku syaitan adalah musuh maka hindarkanlah sifat ini. Tanpa prejudis ‘persahabatan akan jadi lebih bermakna tetapi awas dengan golongan munafik dan orientalis yang bertopengkan kebaikan tetapi ‘telunjuk lurus, kelingking berkait’. Terimalah sahabat dengan segala kekurangannya seperti mana kita menerima segala kebaikannya. Allah memuji manusia yang selalu memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain. Renunglah Firman Allah s.w.t.: “Dan orang-orang yang memaafkan kesalahan manusia”. (Ali ‘Imran : 134)
2.9 Elakkan hasutan, adudomba dan hasat dengki. Amalkan sifat ‘Ghibtah’. Musuh sentiasa mengintai mencari jalan untuk merenggangkan persaudaraan di kalangan ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Elakkan memuji sahabat secara berlebihan di khalayak ramai kerana ditakuti melahirkan rasa ujub/bangga diri dan bibit benci dari musuh dalam selimut. Pupuk semangat menyenangi apabila sahabat berjaya dan tingkatkan iltizam untuk bersaing secara ‘Ghibtah’. Percaya dan yakinlah dengan menjaga hal-hal ini Allah akan menyatukan hati kita. Renunglah firman Allah s.w.t. “Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi ini, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka tetapi Allah s.w.t. telah mempersatukan hati mereka”. (Al Anfal : 63)
2.10 Menyimpan rahsia dan aib sahabat. Realiti kehidupan adalah ‘bumi mana yang tidak di timpa hujan’. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : إِذاَ حَدَّثَ الرَجُلُ الرَجُلَ بِالْحَدِيْثِ ثُمَّ الْتَفَتَ فَهُوَ أَمَانَةٌ ‘Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal itu telah menjadi amanah (rahsia yang harus dijaga) baginya’. Riwayat Abu Dawud dan Tarmidzi “Sesama ahli jangan sekali-kali mencari kesilapan, aib atau kelemahan, menghitung kesalahan dan memperbesarkannya. Simpanlah rahsia atau aib dan bantulah mereka untuk memperbaikinya”.
2.11 Tidak mencampuri urusan peribadi. Setiap ahli mempunyai urusan peribadi yang harus dihormati. Hal-hal yang berkaitan dengan keluarga, rumahtangga termasuk perkara-perkara yang sulit dan tidak wajar untuk dicampuri. Berilah pandangan apabila diminta tanpa mencungkil secara berlebihan rahsia peribadi sahabat. Persahabatan yang kekal berasaskan kepada rasa saling menjaga maruah, nama baik dan mengendalikan urusan secara professional.
2.12 Bersimpati dan saling membantu dan tidak mengungkit jasa kepada sahabat. Sokongan material, moral dan spiritual sesama ahli dijadikan budaya. Membudayakan amalan sebegini memerlukan keikhlasan, ketelusan dan bersungguh-sungguh dengan hanya mengharapkan balasan dari Allah s.w.t. Menyatakan simpati sudah memadai untuk membuktikan terdapatnya hubungan persahabatan apalagi kita saling sanggup berkorban untuk membantu teman meniti waktu-waktu kritikal. Renunglah sabda Rasulullah s.a.w. مَنْ سَتَرَ أَخَاهُ فِي الدُّنْياَ سَتَرَهُ الله ُفيِ الدُّنْياَ وَالآخِرَةِ وَمَنْ نَفَّسَ عَنْ أَخِيْهِ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْياَ نَفَّسَ الله ُعَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَالله ُفِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ “ Siapa yang menutupi aib seseorang muslim, nescaya Allah s.w.t. menutupi aibnya pada hari kiamat Siapa yang menolong seorang mukmin dari satu kesusahan nescaya Allah s.w.t. akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat.Siapa yang mencukupkan keperluan saudaranya, nescaya Allah s.w.t. mencukupkan keperluannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
2.13 Menunjukkan sikap gembira bila sahabat berjaya, membela sahabat bila disebut aibnya. Ibarat kata pepatah ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya’. Rasa saling bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Jadikan budaya memberikan hadiah walaupun sekecil mana dan berterima kasih kerana pesanan Rasulullah s.a.w. مَنْ لَمْ يَشْكُرِ النَّاسَ لَمْ يَشْكُرِ الله َ ‘Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia bererti mereka tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.’ (Hadis Riwayat Tarmidzi dan Abu Dawud) Persahabatan yang ingin kita lahirkan adalah asas kepada kemajuan sosial, ekonomi dan politik. Tiadanya rasa persahabatan melemahkan daya juang kita. Bukti dari rasa kesatuan itu ialah saling memperbaiki dan meningkatkan rasa dekat dengan Allah dan Rasulnya. Tutupi dan perbaikilah aib kawan kita kerana Allah s.w.t.
2.14 Menepati janji dan kesepakatan yang ditetapkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Pepatah melayu ada menyatakan ‘kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya’. ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’. Kehidupan kita dengan lingkungan budaya melayu yang dicanai dari nilai keislaman mestilah diterapkan sepenuhnya. Berpegang teguh kepada muafakat dan janji adalah tanda iman kita selagi muafakat itu bersendikan agama. Renunglah sabda Rasulullah s.a.w. آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذاَ حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا ائْتُمِنَ خَانَ ‘Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah ia berkhianat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
2.15 Saling ingat-mengingati dan tidak menunjukkan kebolehan peribadi. Berjauhan menebalkan rindu, dekat mengeratkan persahabatan. Sering bertanya khabar dan menziarahi akan menjalinkan satu rangkaian persahabatan yang kuat. Jadikan budaya menambah kawan dan meningkatkan jaringan supaya kerja berat yang hendak kita tempuhi mudah dilaksanakan. Kelebihan yang kita miliki biarkan di kongsi bersama tanpa menunjuk-nunjuk kerana sikap meninggi diri akan merenggangkan persahabatan.
Kesimpulan
Renungkan ‘The measure of success, is not on the result but on the effort’. Kata-kata Mahatma Gandhi : Firman Allah : Bekerjalah kamu maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu (bukan pada keputusannya) (At-Taubah : 105) Nilai-nilai universal ini adalah suatu yang generic dan mampu untuk mengujudkan daya transformasi yang mega. Saya percaya sesuatu yang baik untuk ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), juga baik untuk semua orang. Kita mengukur kejayaan bukannya semata-mata dari hasil yang diperolehi tetapi berapa banyak usaha yang telah dicurahkan secara berhemah dan bersungguh-sungguh.