SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH PIMPINAN PASTI PERINGKAT KAWASAN,CAWANGAN,GURU-GURU PASTI YANG TERLALU BANYAK JASA DAN PENGORBANAN, IBUBAPA/WARIS YANG TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA PASTI SERTA SELURUH MURID-MURID GENERASI AL-QURAN...
-Penyelaras
Berita Terkini
Monday, September 29, 2008
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Posted by
Admin
at
8:58 AM
0
comments
Saturday, May 24, 2008
Majlis Konvokesyen Guru PASTI Kali Ke-4 dan Sambutan Hari Guru 2008 Peringkat Negeri Pulau Pinang
Anugerah yang diterima bagi PASTI Kawasan Permatang Pauh adalah:
Guru Cemerlang Peringkat Negeri : Pn Junaidah (PASTI Guar Jering)
Tokoh Guru Kawasan : Pn Rafidah (PASTI Kepala Bukit)
Anugerah 3K(Kebersihan,Keceriaan,Keselamatan) : PASTI Mengkuang Titi
Anugerah Peningkatan Pelajar Peringkat Negeri : PASTI kawasan Permatang Pauh
Posted by
Admin
at
10:29 PM
0
comments
Friday, April 25, 2008
Lebih 3 ribu hadirin meriahkan sukan PASTI Tawau, Sabah


Lebih 3 ribu hadirin meriahkan sukan PASTI Tawau
Roslan Ramli Wed Apr 23, 08 12:49:43 pm MYT
"PASTI telah menyediakan sistem pembelajaran yang lengkap untuk mendidik anak-anak kita menjadi seorang anak yang baik akhlaknya dan menyemai sifat-sifat mulia yang boleh menjadikan mereka sebagai pemimpin Islam yang unggul di Sabah pada masa akan datang.
Beliau berharap ibu bapa tidak mudah terpengaruh dengan propaganda mana-mana pihak yang berfikiran sempit mengatakan jika anak-anak mereka dihantar ke PASTI, minda anak-anak ini akan dikongkong dengan sistem politik yang dibawa oleh PAS.
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa Islam itu ada politik, ada ekonomi, ada kemasyarakatan , pendidikan, kebudayaan dan sukan. PAS merupakan satu pertubuhan gerakan dakwah untuk melahirkan manusia yang beriman dan bertakwa, dan pada masa yang sama juga merupakan suatu pertubuhan politik yang berjuang menentang kezaliman, rasuah, dan ketidakadilan pihak pemerintah.
"Jadi, anak-anak yang dihantar ke PASTI insya Allah bakal menjadi pemimpin yang baik pada masa akan datang," katanya ketika merasmikan Sukaneka Tahunan PASTI kawasan Tawau kali ke-21 di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 3,000 orang yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak pasti dari seluruh daerah Tawau.
Sebanyak 17 buah PASTI menyertai sukaneka kali ini. Beliau juga mengajak masyarakat Sabah agar bersama dengan Pakatan Rakyat agar rakyat Sabah dapat menikmati keadilan yang sebenarnya.
Ketika diajukan soalan berkenaan penerimaan masyarakat Sabah terhadap PAS dalam PRU ke -12 baru-baru ini, beliau berpendapat bahawa masyarakat Sabah tidak menolak PAS, kerana ada pertambahan ahli PAS ketika PRU ini berlangsung.
Antaranya, di Kampung Sungai Imam, Tawau sahaja terdapat lebih 50 orang mengisytiharkan diri mereka menyertai PAS dan sebuah cawangan PAS dibentuk di Kg.tersebut.
Sebelum itu, seramai 30 orang turut menyertai PAS di Kampung Merotai.
Menurutnya lagi, bukti yang cukup jelas menunjukkan tanda protes rakyat Sabah kepada BN baru baru ini ialah terlepasnya Dun Sri Tanjung, dalam parlimen Tawau dan Parlimen Kota Kinabalu kepada Pakatan Rakyat, menerusi DAP.
Terdahulu daripada itu, Ketua Pemuda PAS Tawau, Muhammad Nasir Ali, dalam ucapan alu-aluannya berkata, Pemuda PAS Tawau akan terus berusaha untuk memberi khidmat pendidikan pra-sekolah yang terbaik kepada masyarakat. PASTI Tawau juga telah membuka tiga lagi cawangan barunya pada awal tahun ini, iaitu di Taman Seri Indah, Taman Megah Jaya dan Felda Umas.
Menurutnya lagi, pihaknya juga telah bekerjasama dengan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia , cawangan Tawau untuk mendaftarkan tujuh buah PASTI dalam Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak (Kelab 3K).
Tujuan penubuhan kelab ini ialah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang langkah-langkah pencegahan kebakaran, mengikut modul-modul yang diberikan oleh pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Beliau juga mengajak rakyat agar terus menghantar anak-anak ke PASTI seterusnya memberi sokongan kepada program-program PAS di mana-mana.
"Penyertaan kita dalam pilihanraya umum di Dun Merotai, baru-baru ini merupakan satu amanah. Sebenarnya, kita tidak kalah , Cuma kita belum menang lagi," katanya yang juga Ketua Unit Amal Tawau.
Pengarah Sukaneka PASTI Tawau 2008, Ustaz Muhamad Nazri pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK dan para penaja yang telah bersungguh-sungguh menjayakan Sukaneka PASTI dengan meriah.
Pada tahun ini, PASTI Nurul Farahain, dari Kg.Merotai Besar telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Sukaneka PASTI Tawau 2008. - mr
Posted by
Admin
at
12:34 PM
0
comments
Friday, April 18, 2008
Pemilihan Pemain Bolasepak & Bolajaring
Pihak PASTI kawasan akan mengadakan sesi pemilihan pemain-pemain bagi permainan bolasepak dan bolajaring peringkat kawasan pada:
Tarikh: 20 April 2008
Masa : 08:00pagi~11:00 pagi
Tempat: Padang Awam Mengkuang Titi
Tujuan pemilihan ini adalah bagi memilih 20 pemain terbaik dari cawangan-cawangan PASTI Kawasan Permatang Pauh untuk di hantar ke pemilihan peringkat Negeri.
(Di mana setiap cawangan dikehendaki menghantar 5 pemain bolasepak dan 5 pemain bolajaring)
Posted by
Admin
at
3:46 PM
0
comments
Monday, February 25, 2008
Gambar Misteri di Masjid Kristal, Terengganu.
Baru-baru ini....seorang pelancong telah datang melawat Masjid Kristal di Pulau Wan Man dan merakamkan video Masjid Kristal.
Apabila beliau pulang ke hotel dan memainkan semula video yang dirakam, dia terkejut apabila melihat imej aneh pada kubah masjid tersebut . Kenapa jadi begitu?
Masjid yang menghabiskan duit rakyat jutaan ringgit namun tidak boleh ditunaikan solat Jumaat kerana Arah Qiblat Masjid Kristal SALAH.....
Umum terutamanya dari Terengganu termaklum bahawa arah kiblat Masjid Kristal yang bertemakan TAMAN TAMADUN ISLAM terletak di PULAU WAN MAN, KUALA TERENGGANU, MALAYSIA, tersilap arah kiblatnya.Saya pada awalnya kurang percaya, masakan masjid yang dibina dengan kos lebih dari RM360 juta boleh tersilap arah kiblatnya.
Pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat bersama dengan rakan yang berasal dari Terengganu, saya pun bertanyakan kepada sahabat saya ini untuk mendapatkan kepastian samada benar atau tidak arah kiblat Masjid Kristal ini silap. Beliau dengan yakin menyatakan memang arah kiblat Masjid Kristal silap kira-kira 30 darjah dari posisi sebenar.
Beliau berkesempatan bersembahyang berjemaah disana sewaktu pulang untuk mengundi sebelum 8 Mac yang lalu. Setelah azan Asar, ramai pelawat sembahyang berjemaah di masjid itu. Sememangnya mereka tidak menyedari bahawa arah kiblat silap.
Setelah selesai bersembahyang disana, rakan sahabat saya ini yang berasal dari Terangganu memanggil beliau untuk menunjukkan sesuatu. "Cuba kau lihat arah matahari, bukan ikut kebiasaan ditempat kita bukan?" Rakan saya terperasan bahawa kedudukan matahari berada pada kedudukan 30 darjah diluar dari posisi arah kiblat yang sebenar berbanding dengan arah kiblat Masjid Kristal Pulau Wan Man.
Macam mana perkara ini boleh terjadi? Masakan perkara pokok dalam mendirikan sebuah masjid iaitu arah kiblat tidak diberi tumpuan utama.
Tetapi jika masjid ini hanya sekadar didirikan untuk dijadikan sebagai tarikan pelancung dan bukan untuk bersolat, maka arah kiblat bukan soal yang tersangat penting.
Benda ni mungkin tak perasan pada mereka yang sudah pun pergi ke sana. Tapi wak nak ingatkan sikit tentang hari kiamat. Hilangnya Amanah Merupakan Tanda Kiamat, yang salah satu cirinya adalah dipegangnya amanah oleh yang orang-orang bukan ahlinya dalam masalah tersebut.
Sabda nabi SAW:
"Ketika amanah telah disia-siakan maka tunggulah tibanya Kiamat." Kata para sahabat ra: Bagaimanakah disia-siakannya wahai rasuluLLAH? Jawab nabi SAW: "Ketika suatu urusan dipegang oleh yang bukan ahlinya maka tunggulah tibanya Kiamat.’"
(HR Bukhari dalam Fathul Bari’ hadits no. 59 dan 6496)
Posted by
Admin
at
5:15 AM
0
comments
Friday, February 1, 2008
TAQWIM PASTI PULAU PINANG 2008
JANUARI
03 Pendaftaran Pelajar Sesi 2008
20 Usrah Umum Guru Siri 1
FEBRUARI
23-24 Bengkel Penggubalan Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun
MAC
01-02 Kursus Pemantapan Pelajaran & Kursus Pra Persijilan
16 Hari Warga PASTI Peringkat Pulau Pinang
20 Perasmian Bangunan PASTI Pusat , Kuala Lumpur.
20-21 Ujian Bulanan PASTI Cawangan Siri 1
* Tamrin MGP Pusat
APRIL
05 Taklimat Peperiksaan Pertengahan Tahun
* Sukan PASTI Peringkat Kawasan
MEI
13-16 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008
24 Sambutan Hari Guru & Konvokesyen Guru PASTI Pulau Pinang
JUN
23 Kursus Pemantapan Pelajaran
28 Pesta Sukan & Sambutan Hari Guru Peringkat Pusat
* Pertandingan Nasyid Peringkat Kawasan
JULAI
05 Pelancaran Tabung Pembangunan PASTI Negeri
20 Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri
OGOS
*2-3 Kem Bina Sahsiah Guru PASTI (tertakluk pada pindaan)
16 Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan
* Ujian Bulanan PASTI Cawangan Siri 2
SEPTEMBER
17 Ihya’ Ramadhan & Usrah Umum Guru PASTI Siri 2
OKTOBER
14-18 Peperiksaan Akhir Tahun 2008
25 Ijtima’ Guru PASTI Peringkat Kebangsaan
NOVEMBER
* Ujian Pemilihan & Majlis Anugerah Pelajar Terbaik PASTI Pulau Pinang
2008
DISEMBER
* Kursus Guru Pakar
* Persiapan Sesi 2009
CUTI UMUM PASTI PULAU PINANG TAHUN 2008
01 Januari Tahun Baru
10 Januari Awal Muharram 1429H
07-08 Februari Cuti Tahun Baru Cina 2008
20 Mac Cuti Maulidur Rasul
01 Mei Cuti Hari Pekerja
07 Jun Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong
12 Julai Harijadi Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
30 Julai Israk Mikraj
31 Ogos Hari Kebangsaan
01 September Awal Ramadhan 1429H
17 September Nuzul Al-Qur’an
01-02 Oktober Hari Raya Eidulfirti
27 Oktober Hari Deepavali
08 Disember Hari Raya Eiduladha
25 Disember Hari Krismas
KALENDER PERSEKOLAHAN
PASTI PULAU PINANG TAHUN 2008
| PENGGAL | CUTI DAN HARI PERSEKOLAHAN | MULA | AKHIR | HARI |
| I | Hari Persekolahan | 03.01.2008 | 07.03.2008 | 47 |
| Cuti Pertengahan Penggal | 08.03.2008 | 16.03.2008 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 17.03.2008 | 23.05.2008 | 50 | |
| II | Hari Persekolahan | 09.06.2008 | 15.08.2008 | 50 |
| Cuti Pertengahan Penggal | 16.08.2008 | 24.08.2008 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 25.08.2008 | 14.11.2008 | 60 | |
| Cuti Pertengahan Penggal | 15.11.2008 | 04.01.2009 | 50 |
Posted by
Admin
at
11:19 PM
0
comments
Friday, January 18, 2008
Jumlah Pelajar PASTI Kawasan Permatang Pauh
adalah seperti berikut:
Pelajar 4 tahun : 33
Pelajar 5 tahun : 417
Pelajar 6 tahun : 360
Keseluruhan : 810
PASTI baru ditubuhkan 2008: PASTI Mengkuang Titi
Tahniah !! kepada seluruh guru-guru,kepimpinan PASTI dan waris......
-Daripada Penyelaras PASTI Kawasan
Posted by
Admin
at
5:16 PM
0
comments
Wednesday, January 16, 2008
PETALING JAYA, 15 Jan (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, Malaysia kini sudah tidak selamat lantaran lambakan kes jenayah yang kian meningkat.
"Saya rasa Malaysia sudah tidak selamat. Bahkan saya sendiri pun berasa takut untuk membenarkan anak-anak saya keluar untuk menjalankan kegiatan rekreasi tanpa pengawasan orang dewasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sehubungan itu, beliau berkata, Pemuda PAS menyeru masyarakat agar dapat berganding bahu bagi membanteras jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing tanpa hanya perlu bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.
Katanya, penduduk setempat hendaklah sama-sama berperanan bagi membantu menjaga keselamatan memandangkan kadar jenayah negara yang kian meningkat dari masa ke semasa.
"Kita sudah tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan pihak keselamatan apabila kes yang hampir sama berulang dalam tempoh terdekat sebagaimana kejadian malang yang menimpa Arwah Nurin Jazlin Jazimin serta beberapa mangsa sebelum ini," ujarnya kepada wartawan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui apabila mengadakan lawatan ke rumah mangsa penculikan Sharlinie Mohd Nashar, 5, di Kampung Medan, Petaling Jaya Utara hari ini.
"Kita telah mengadakan runding mengenai keselamatan untuk membincangkan kes-kes mutakhir ini kerana kita tertanya-tanya sampai bilakah kita harus menyaksikan lebih banyak lagi kes seumpama ini berlaku?" ujarnya nada kekecewaan.
Bagaimanapun, beliau menyeru pihak polis agar dapat mempertingkatkan kecekapan serta kualiti perkhidmatan mereka selaku anggota keselamatan negara bagi membanteras kegiatan jenayah.
"Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu mengikis sikap 'menjaga tepi kain orang' yang sering kali menjadi amalan sesetengah kawasan terutamanya masyarakat yang tinggal di bandar, kerana ia ternyata merugikan banyak pihak," ujarnya.
Dalam pertemuan Pemuda PAS dengan ibu Syarlinie, Suraya Ahmad, 28, beliau turut berkongsi rasa simpati di samping berdoa agar Sharlinie segera ditemui dengan selamat.
"Saya amat berharap dan akan terus berdoa agar Sharlinie ditemui dengan selamat," tambahnya.
Pada masa yang sama, ketika ditanya Salahudin mengenai gerak hati beliau mengenai anak peremuannya itu sama ada masih hidup ataupun sebaliknya, Suraya hanya berkata bahawa beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah semata-mata.
Di kesempatan itu, Salahudin bersama rombongan Pemuda PAS Pusat turut menghulurkan sumbangan serta buah tangan bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa.
"Kami telah mengarahkan pemuda PAS seluruh negara mengadakan solat hajat serta bacaan yasin sehingga Sharlinie ditemui di samping menggerakkan pasukan Unit Amal Malaysia untuk mengedarkan risalah bagi membantu mengesan mangsa.
"Saya memahami tekanan yang dirasai oleh keluarga adik Sharlinie dan saya memanjatkan doa kepada Allah agar segala urusan ini dipermudahkan," jelasnya.
Tegas Salahuddin, kes-kes seumpama ini memberikan tanggapan kepada semua pihak bahawa ibubapa serta penjaga perlu lebih berwaspada serta mengawal gerak geri anak-anak mereka ketika berada di luar rumah.
Semalam, Pemuda PAS kawasan Petaling Jaya Selatan serta Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Pusat telah turut sama mengadakan kunjungan ke rumah Sharlinie serta mengadakan solat hajat serta bacaan surah yasin di sana.
Sharlinie dilaporkan hilang kira-kira 11.30 pagi Rabu 9 Januari lalu ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini.
Sehari selepas itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan diculik di Taman Medan, Petaling Jaya sebelum ditinggalkan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam, satu lagi kes berlaku di taman yang sama. - mr-->
Posted by
Admin
at
6:50 PM
0
comments
Monday, January 14, 2008
Berita Terkini.....
Saya dah masukkan 2 accessory terkini di blog....
(1) Klik...Aktiviti PASTI Kawasan
Cuma double click kat situ, anda boleh lihat gambar yang lebih besar dan jelas.
Bila dah open kat Picasa Web Album tu...Anda boleh klik lagi kat
'My Public Gallery' untuk tengok gambar-gambar yang lain...
(2) Jom Tengok Kampung kita...
Cuma double click kat 'See blogs around me', anda boleh explore kat mana-mana kampung
di dunia ni.....Boleh zoom...seolah-olah tengok dari angkasa le....
Selamat Mencuba......
Posted by
Admin
at
5:17 PM
0
comments



